Tuesday 4 December 2012

Senaraikan ciri-ciri vertebrata


Vertebrata adalah kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Dalam sistem pengekelasan saintifik, haiwan vertebrata merupakan subfilum dari filum Chordata. Haiwanvertebrata mempunyai tulang yang terentang dari belakang kepala hingga bahagian ekor,mempunyai otak yang dilindungi oleh tengkorak, mempunyai kepala, leher, badan dan ekor.Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas jugamempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang melekat pada kerangka

ciri-ciri utama untuk vertebrata dalam kelas berikut serta berikan contoh untuk setiap kelas :

i)        ikan             

a)      Hidup di dalam air  
b)      Badan bersimetri bilateral
c)      Mempunyai sisik dan berlendir 
d)      Mempunyai sirip untuk bergerak 
e)      Bernafas melalui insang
f)        Membiak secara bertelur 
g)      Berdarah sejuk Contoh haiwan adalah seperti ikan gapi, ikan kelisa, ikan keli

ii)                   Amfibia


a)      Hidup di darat dan air 
b)       Mempunyai kulit yang lembap
c)      Bertelur didalam air 
d)      Kaki belakang berotot kuate.
e)      Mempunyai selaput renang pada kaki
f)        Telur tiada cengkerang
g)      Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insangdan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paruh.
h)      Berdarah sejuk 
i)        Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium) 
j)        Mempunyai struktur gigi, yaitu gigi maxilla dan gigi palatum
k)      .Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan atau kelenjar berbintil( biasanya beracun)
l)        Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik 
m)    Pada mata terdapat membran nictitansyang berfungsi untuk melindungi mata daridebu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata.
n)      Contoh haiwan adalah seperti katak, kodok

No comments:

Post a Comment