Tuesday 4 December 2012

Binatang Omnivor


Binatang Karnivor


Binatang Herbivor


Exercise 5

Latihan untuk murid-murid.

Mengelaskan haiwan berdasar jenis makanannya.

harimau
ayam
kambing
zirafah
tikus
singa
ular
lembu
beruang
katak
itik
gajah
arnab
buaya
kucing



Herbivor
Karnivor
Omnivor




















J

Senaraikan ciri-ciri vertebrata


Mamalia

a)      .Badan dilitupi bulu 
b)      .Mempunyai cuping telinga
c)      Mempunyai kelenjar peluh
d)      .Mamalia betina melahirkan dan menjaga anak kecuali yang primitif 
e)      Bernafas melalui paru-paru
f)        Berdarah panas( suhu badan tetap)
g)      Mempunyai jantung empat ruang yang sempurna
h)      .Mempunyai saraf tunjang

a)      Badan dilitupi bulu 
b)       Mempunyai kelenjar susuContoh haiwan adalah seperti orang utan, kucing, anjing, lembu, arnab, gajah

Senaraikan ciri-ciri vertebrata


i)                    Reptilia

a)      Kulit bersisik dan kering 
b)      Bernafas melalui peparu
c)      Bertelur dan telur bercengkerang keras
d)      .Sesetengah reptilia berkaki empat dan sesetangahnya tidak berkaki (ular)
e)      Berdarah sejuk (berubah mengikut suhu persekitaran)
f)        Mempunyai jantung 4 ruang (ventrkal kanan dan kiri tidak sempurnamenyebabkan percampuran darah berlaku)
g)      Contoh haiwan adalah seperti ular, buaya, biawak 



Burung

a)      Badan dilitupi bulu pelepah 
b)      Mempunyai paruh dan sepasang sayap
c)      Mempunyai pada kaki
d)      Bertelur dan telur dilitupi cengkerang
e)      Bernafas melalui paru-paru
f)        Berdarah panas
g)      Contoh haiwan adalah seperti burung puyuh, burung bangau, burun hantu

Senaraikan ciri-ciri vertebrata


Vertebrata adalah kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Dalam sistem pengekelasan saintifik, haiwan vertebrata merupakan subfilum dari filum Chordata. Haiwanvertebrata mempunyai tulang yang terentang dari belakang kepala hingga bahagian ekor,mempunyai otak yang dilindungi oleh tengkorak, mempunyai kepala, leher, badan dan ekor.Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas jugamempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang melekat pada kerangka

ciri-ciri utama untuk vertebrata dalam kelas berikut serta berikan contoh untuk setiap kelas :

i)        ikan             

a)      Hidup di dalam air  
b)      Badan bersimetri bilateral
c)      Mempunyai sisik dan berlendir 
d)      Mempunyai sirip untuk bergerak 
e)      Bernafas melalui insang
f)        Membiak secara bertelur 
g)      Berdarah sejuk Contoh haiwan adalah seperti ikan gapi, ikan kelisa, ikan keli

ii)                   Amfibia


a)      Hidup di darat dan air 
b)       Mempunyai kulit yang lembap
c)      Bertelur didalam air 
d)      Kaki belakang berotot kuate.
e)      Mempunyai selaput renang pada kaki
f)        Telur tiada cengkerang
g)      Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insangdan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paruh.
h)      Berdarah sejuk 
i)        Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium) 
j)        Mempunyai struktur gigi, yaitu gigi maxilla dan gigi palatum
k)      .Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan atau kelenjar berbintil( biasanya beracun)
l)        Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik 
m)    Pada mata terdapat membran nictitansyang berfungsi untuk melindungi mata daridebu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata.
n)      Contoh haiwan adalah seperti katak, kodok

Ciri-Ciri Pengelasan Haiwan


Pengkelasan juga boleh dilakukan melalui habitatnya, iaitu:
i)                  Hidup di air 
ii)               Hidup di darat
iii)            Hidup di darat dan air 

Pengkelasan haiwan mengikut kaedah sains pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

Vertebrata (bertulang belakang)
a.     Ikan 
b.     Amfibia
c.     Reptilia
d.     Burun
e.     Mamalia

Invertebrata (tidak bertulang belakang)

a.     Serangga
b.      Obor-obor
c.     Hydra
d.     Mollusca

Ciri-ciri Pengelasan Haiwan


Selain itu, haiwan juga boleh dikelaskan kepada cara pembiakan iaitu:
i)                  Beranak 
ii)               Bertelur 

 Pengkelasan melalui cara pemakanan, iaitu
:i)      Karnivor- haiwan yang makan daging
ii)      Omnivor- haiwan yang makan daging dan tumbuhan
iii)     Herbivor- haiwan yang makan tumbuhan