Tuesday 2 October 2012

SCIENCE YEAR 3 - ANIMALS


DEFINISI HAIWAN

Haiwan atau binatang ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.Kebanyakan filum haiwan yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.

 

SIFAT HAIWAN

Haiwan mempunyai beberapa sifat yang membezakannya daripada hidupan-hidupan yang lain. Haiwan adalah eukariot dan kebanyakannya multisel, yakni berbeza dengan bakteria dan kebanyakan protis. Haiwan merupakan heterotrof, iaitu umumnya mencerna makanan dalam kebuk dalaman, yakni berbeza dengan tumbuhan dan alga. Haiwan juga berbeza dengan tumbuhan, alga dan kulat kerana ketiadaan dinding sel yang kukuh. Semua haiwan adalah motil, walaupun pada peringkat hidup yang tertentu. Bagi kebanyakan haiwan, embrio melalui peringkat blastula, iaitu sifat yang hanya terdapat pada haiwan.

 

STRUKTUR HAIWAN

Haiwan mempunyai badan yang terdiri daripada pelbagai tisu, kecuali beberapa jenis yang tertentu, terutama sekali bunga karang (Filum Porifera) dan Placozoa. Antara tisu-tisu ini ialah otot yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan memproses isyarat. Biasanya, juga terdapat kebuk pencernaan dalaman dengan satu atau dua bukaan. Haiwan yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupun eumetazoa bagi memaksudkan haiwan pada umumnya.

Semua haiwan mempunyai sel-sel eukariot yang dikitari oleh matriks luar sel yang terdiri daripada kolagen dan glisoprotein anjal. Ini boleh dikapurkan untuk membentuk struktur-struktur seperti cangkerang, tulang, dan spikul. Ketika berkembang, ia membentuk rangka yang agak mudah lentur di mana sel-sel boleh bergerak-gerak dan bersusun semula, maka membolehkan struktur yang rumit. Berbeza pula dengan organisma-organisma multisel yang lain seperti tumbuhan dan kulat yang sel-selnya ditahan oleh dinding sel, oleh itu berkembang secara pertumbuhan progresif. Selain itu, simpang-simpang antara sel ini juga hanya terdapat dalam sel haiwan: simpang ketat, simpang renggang, dan desmosom.

PENGELASAN HAIWAN

Haiwan merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwanyang berada di sekeliling boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Walau bagaimanapunhaiwan tidak mampu membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar sebagai makanannyadan tidak mempunyai klorofil. Contohnya sesuatu haiwan memakan sumber tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan haiwan-haiwan berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain.Terdapat beberapa ciri-ciri pengkelasan yang dibuat berdasarkan sifat fizikal haiwan tersebut

:i) Berbulu

ii) Berbulu pelepah

iii) Bersisik

 iv)Berkepak

 v) Bercengkerang

vi) Berkaki